Wednesday, March 23, 2011

MENGAKU JUGA AKHIRNYA....BUAT LER LAGI KAN DAH KANTOI

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.


Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.



SUMBER BLOG LIST MALAYSIA

Pendedahan Datuk Johari Abdul Tentang Perancangan Adegan Seks Anwar Ibrahim Oleh Datuk 'T' Dan Rahim Tamby Chik

KENYATAAN AKHBAR
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



SUMBER DARI BLOG LIST MALAYSIA

ALLAH MAHA BESAR..KANTOI JUA AKHIRNYA..FITNAH LAGI!!!!




PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas ketua menteri Melaka, Rahim Thamby Chik (kiri), yang kini merupakan pengerusi Risda.


Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Johari, bagaimanapun, medakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Ketika dihubungi, Rahim memberitahu Malaysiakini yang beliau akan menelefon balik untuk memberi 
ulasan.

Tuesday, March 22, 2011

Qari Terkenal Digilis dan Langgar


Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya. Beliau berusia 38 tahun, sebaya saya. Anak perempuan beliau fotonya di atas. Dan ada 3 lagi orang anak lelaki. Pada sabtu lepas beliau diculik sekumpulan tentera elit ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan iniklik sini.




















































Qaradhawi enggan mengutuk kejahatan di Bahrain. Pada beliau kejahatan di Bahrain berbeza dengan kejahatan di Tunisia, Libya, Yaman atau Mesir. Alasan beliau, tak pasti apa yang berlaku dan ia hal mazhab jadi kalau mati tak payah dibela kerana ilmunya berkata begitu. “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”

Sumber Dari Dr Faizal Tehrani